fbpx

Pelajar tahfiz ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Kiulu yang menjadi lokasi kejadian seorang pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Darul Ulum Azzkia ditemui lepas pagi semalam.

TUARAN – Seorang pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Darul Ulum Azzkia, Papar ditemui lemas sewaktu mandi di Sungai Kiulu berdekatan sebuah rumah penginapan di Kampung Ranap, Kiulu pagi semalam.

Mayat pelajar lelaki berusia 14 tahun itu ditemui pada pukul 7.05 pagi sekitar 300 meter di tepi sungai berkenaan selepas dilaporkan dibawa arus selama kira-kira 35 minit.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, siasat awal mendapati mangsa adalah salah seorang peserta yang menyertai program perkelahan anjuran sekolah agama berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa bersama beberapa rakan lain mandi di sungai yang terletak berhampiran tempat penginapan sekitar pukul 6.30 pagi sebelum dijadualkan pulang pada pukul 8 pagi dan dikatakan tiba-tiba dihanyutkan arus sungai yang deras.

“Rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkan remaja berkenaan namun gagal disebabkan arus yang terlalu deras sebelum mereka membuat pencarian disepanjang tepi Sungai Kiulu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hamizi menyatakan mangsa telah dijumpai oleh rakan-rakannya yang melakukan pencarian sebelum membawa mangsa ke Klinik Kesihatan di Pekan Kiulu tetapi remaja terbabit disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut Mohd Hamizi, siasatan lanjut mendapati mangsa adalah anak sulong daripada tiga orang adik beradik.

Sementara itu, beliau berkara, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi.

Punca kematian mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat dikeluarkan.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI