fbpx

RCEP bantu luaskan pasaran peniaga tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin (tiga dari kanan) ketika Program Rapat Malaysia Prihatin Peringkat Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Peniaga tempatan digesa memanfaatkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang bakal diratifikasikan oleh Malaysia dengan 15 buah negara lain pada Januari tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jaringan luas perjanjian tersebut dapat memberi peluang besar kepada peniaga serta pemain industri untuk meluaskan perniagaan mereka ke semua negara tersebut.

“RCEP diakui sebagai perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia yang melibatkan 2.2 bilion rakyat dari 15 negara.

“Ia akan mewujudkan rantaian nilai tambah dan memberi peluang kepada industri kecil sederhana (IKS) meningkatkan produktiviti untuk pasaran global,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Malaysia Prihatin Peringkat Selangor di Hotel Concorde di sini hari ini.

Jelas beliau, peniaga akan rugi sekiranya masih lagi mengharapkan pasaran tempatan yang hanya melibatkan kira-kira 32 juta orang sahaja.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyanggah dakwaan laporan Global Development Policy Centre of Boston University yang menyatakan jumlah perdagangan negara akan menurun sebanyak 36 peratus setahun selepas pelaksanaan RCEP.

“Terlalu awal untuk menyatakan perdagangan negara akan merosot selepas perjanjian ini berkuatkuasa.

“Ini kerana, peluang untuk akses perdagangan menjadi semakin besar dan mudah dengan 15 anggota RCEP mewakili satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia,” tegasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI