PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) menawarkan pelan perlindungan takaful perubatan berteraskan digital yang mampu milik menerusi Kaotim MediKad bermula serendah RM38 sebulan (untuk wanita berumur 11 – 15 tahun – umur hari lahir akan datang dengan profil standard).
Menariknya, dengan amaun caruman tersebut, terdapat juga pilihan tambahan rider MediBooster yang menawarkan had perlindungan tahunan sehingga RM1.1 juta.
Menerusi Kaotim MediKad, Takaful Malaysia membenarkan kemasukan ke hospital panel tanpa tunai di serata Malaysia meliputi rawatan, perbelanjaan pembedahan serta manfaat pesakit luar terpilih, tertakluk kepada had tahunan pelan yang dipilih.
Lebih mudah, pelan ini ditawarkan melalui platform digital membolehkan pelanggan mendaftar, mengurus dan melanggan perlindungan secara langsung tanpa perantara pihak ketiga.
Pelanggan yang memilih kaedah bayaran caruman secara tahunan juga akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.

Antaranya, perlindungan perubatan serta-merta yang kebiasaannya mempunyai tempoh menunggu iaitu 120 hari untuk penyakit tertentu dan 30 hari untuk penyakit-penyakit lain.
Tempoh menunggu akan dikecualikan selepas pengeluaran sijil Kaotim MediKad yang baharu di bawah kempen ini.
Rebat caruman selama satu bulan bagi sijil yang kekal berkuat kuasa selama tiga bulan berturut-turut dari tarikh pengeluaran sijil.
Bagi mod bayaran bulanan, caruman bagi bulan keempat akan dikecualikan sebagai rebat, manakala bagi mod bayaran tahunan, jumlah rebat yang layak akan ditolak daripada caruman seterusnya yang perlu dibayar.
Proses penyertaan pelanggan lebih ringkas dan mudah tanpa keperluan pemeriksaan perubatan, tertakluk kepada penilaian serta kelulusan pengunderaitan sebagai kes standard.
Kaotim MediKad ini telah bermula dari 4 Mei dan akan berakhir pada 30 Jun 2026.
Bagaimanapun, untuk menyertai kempen ini pelanggan harus melanggan sijil baharu Kaotim MediKad semasa tempoh kempen berlangsung.
Pelanggan perlu mempunyai sijil takaful perubatan individu atau polisi insurans perubatan sedia ada dengan syarikat takaful atau insurans lain (selain Takaful Malaysia) yang telah berkuat kuasa secara berterusan selama lebih daripada empat bulan pada masa permohonan.
Pelanggan juga akan dinilai dan perlu diluluskan oleh pengunderaitan Takaful Malaysia sebagai kes standard, tanpa sebarang pembebanan atau pengecualian yang dikenakan.
Ketika ini, Kaotim juga sedang menjalankan kempen Customer Get Customer secara berasingan yang menawarkan pin tambah nilai Touch n Go eWallet bernilai RM40 bagi setiap rujukan Kaotim MediKad yang berjaya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Turut disediakan adalah ganjaran tambahan bagi setiap lima langganan yang berjaya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan atau permohonan Kaotim MediKad, pelanggan boleh melayari laman sesawang medikad.kaotim.my atau mengunjungi cawangan Takaful myCare Centre (TMCC). -KOSMO! ONLINE














