fbpx

Pirlo mahu Ronaldo terus kekal di Turin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kanan) dikaitkan dengan kepulangan ke Real selepas Juventus mahu melepaskan khidmatnya. – AFP

TURIN – Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo yakin bintang sensasinya, Cristiano Ronaldo akan terus berada di kelab itu musim depan meskipun timbul spekulasi dia akan kembali ke Real Madrid.

Difahamkan, Ronaldo ber­depan kritikan selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas tewas kepada FC Porto pada pusingan 16 pasukan terbaik.

Memandangkan kontrak pe­menang lima kali anugerah Ballon d’Or itu masih berbaki setahun lagi bersama Juventus, Pirlo percaya Ronaldo akan terus me­nyarung jersi The Old Lady.

“Kami tidak mahu terlalu fikir mengenainya kerana dia (Ro­naldo) masih ada kontrak setahun bersama kami. Sudah tentu saya gembira jika dia terus bermain bersama kami.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk beri fokus sepenuhnya pada saingan musim ini serta pastikan ia berakhir dengan cemerlang,” kata legenda Itali itu.

Pada masa sama, Pirlo juga berharap pemain antarabangsa Argentina, Paulo Dybala untuk kembali secepat mungkin selepas mengalami kecederaan lutut Januari lalu.

“Sudah tentu saya amat mengharapkan sentuhan Dybala, namun kami perlu bersabar dan berikan dia masa untuk pulih. Kami sentiasa pantau keadaannya dari semasa ke semasa bagi memastikan program pemulihan lancar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI