fbpx
CROATIA memperlihatkan peningkatan prestasi selepas memenangi dua aksi terakhir peringkat kumpulan sekali gus menjadi isyarat penting bahawa mereka bersedia. - AFP

Piala Dunia 2026: Croatia tidak gentar hadapi Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Pengendali Croatia, Zlatko Dalic mengakui bahawa cabaran sebenar pasukannya baru bermula ketika mereka dijadual turun menentang Portugal pada aksi pusingan 32 terbaik pagi esok.

Croatia sebelum ini layak ke pusingan kalah mati selepas meraih kedudukan naib juara Kumpulan L di belakang England selepas meraih dua kemenangan dan satu kekalahan.

“Kami telah mencapai sasaran iaitu melepasi peringkat kumpulan dengan enam mata. Langkah pertama telah berjaya. Kami semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan ketika menentang Ghana kami mempamerkan aksi yang sangat baik dalam semua aspek.

“Tetapi, itu hanyalah langkah pertama. Perkara paling penting bagi kami sekarang adalah Portugal. Jika kami berjaya menewaskan Portugal, itu akan menjadi satu pencapaian yang hebat,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya keseluruhan pasukannya telah menunjukkan perkembangan positif sepanjang peringkat kumpulan dan sudah bersedia sepenuhnya untuk turun membuat perhitungan menentang Portugal.

“Portugal tidak perlu diperkenalkan. Mereka merupakan salah satu pasukan kebangsaan terbaik di dunia dan calon kuat untuk muncul juara. Mereka memiliki Cristiano Ronaldo, sama seperti kami mempunyai Luka Modrić dan Argentina mempunyai Lionel Messi.

“Namun, kami tidak perlu berasa gentar. Kami hanya perlu terus bermain dengan penuh disiplin dan keyakinan. Kami saling mengenali corak permainan masing-masing, dan ia pasti akan menjadi perlawanan yang sukar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN