fbpx

Isu telur: Tiada bakteria Salmonella dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA –  Hasil pengujian makmal ke atas sampel ladang ayam penelur CES 008 menunjukkan tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara tersebut susulan isu pengesanan SE pada konsainan telur eksport oleh pihak berkuasa Agensi Makanan Singapura (SFA Singapura).

“DVS telah menjalankan siasatan lanjut ke atas ladang ayam penelur CES 008 kepunyaan syarikat tersebut.

“Pengambilan sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman daripada ladang ayam penelur tersebut telah diambil untuk ujian pengesanan SE di Makmal DVS Salak Tinggi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, DVS akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak SFA  bagi membincangkan perkara tersebut.

“DVS juga telah menjalankan siasatan dan pengambilan sampel ke atas ladang CEM 014 untuk ujian pengesanan SE.

“Selain itu, DVS menerusi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan akan mempertingkatkan program pemantauan Salmonella di semua 276 ladang ayam penelur di seluruh negara bagi memastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI