fbpx
SPRM buka kertas siasatan berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

SPRM buka kertas siasatan isu pemindahan DAK ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Menurut SPRM, siasatan memberi tumpuan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Perhilitan serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

“SPRM turut menyiasat berhubung dakwaan ketirisan serta meneliti sama ada wujud sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan berkenaan.

“SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan masih di peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK pada 18 Jun lalu. 

Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN