fbpx
PELBAGAI pakaian terpakai termasuk jaket, seluar dan kasut yang dijual di premis bundle mempunyai nilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Dahulu dibuang, kini jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Trend memiliki dan menjual barangan terpakai atau dikenali sebagai bundle kini kembali menjadi fenomena sehingga perniagaan itu mampu menjana keuntungan lumayan.

Malah, barang-barang lama terutama pakaian terpakai yang dahulunya dibuang oleh rakyat negara luar, kita diibaratkan sebagai ‘harta karun’ bagi para penjual.

“Kebanyakkan barang dan pakaian ini berasal dari negara luar dan selepas dibuang, kita kutip semula dan selepas itu, mereka sendiri yang akan beli,” jelas seorang peniaga pakaian terpakai, Mohd. Zaid Razak, 31, ketika di temui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaid berkata, dia hanya menggunakan platform beli-belah e-Bay sebagai medium jualannya sejak 10 tahun lalu dengan menjual pakaian terpakai antaranya kasut, baju, jaket serta seluar.

Jelasnya, semua pakaian ini menjadi kegilaan pembeli di luar negara terutamanya daripada Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).

“Pakaian-pakaian bundle yang datang ke Malaysia merupakan pakaian lama yang dibuang sebelum ini di negara terbabit. Pakaian ini kita panggil rare sebab di sana memang sudah tiada keluaran.

“Pembeli di sana kini memburu semula pakaian-pakaian ini terutamanya keluaran khas dan barangan koleksi terhad contohnya baju-baju kumpulan rock terkenal era 80-an dan 90-an boleh dijual sehingga ribuan ringgit,” jelasnya.

ANTARA koleksi baju yang menjadi buruan pengumpul pakaian vintaj.

Bukan itu sahaja, pembeli juga akan mencari pakaian yang pernah digayakan oleh pelakon terutamanya pada era 80-an dan 90-an seperti jaket yang dipakai oleh pelakon Micheal J. Fox di dalam filem Back To The Future (1985).

“Pakaian seperti itu mampu dijual sehingga ribuan ringgit ke­rana sememangnya sudah tidak dikeluarkan, jika ada pun itu pakaian terpakai yang sebelum ini mereka buang (dijadikan pakaian terpakai) di negara mereka.

“Apabila sampai di Malaysia, pakaian terpakai itu mendapat permintaan tinggi dan mereka (pembeli luar negara) mahu membeli semula pakaian yang sebelum ini mereka jual kerana barang-barang ini umpama ‘koleksi emas’ ketika ini,” jelas Mohd. Zaid.

Menurut Mohd. Zaid, dia mam­pu memperolehi pendapatan sehingga RM12,000 sebulan hasil daripada jualan dalam talian pakaian terpakai walaupun hanya diusahakan secara sambilan.

Seorang lagi peniaga dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Jo Bangsar berkata, penjual perlu mempunyai penge­tahuan luas dalam pemilihan pakai­an yang ingin dijual.

Selain daripada pakaian-pakai­an yang dipakai oleh selebriti ter­ke­nal, faktor musim juga perlu diberi perhatian oleh penjual supaya pakaian yang dijual laku dan dibeli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN