fbpx

Kaji polisi kerja dari rumah, elak pekerja ambil kesempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan menunjukkan buku 365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia pada sidang akhbar di kementeriannya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti keperluan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk mengelak ada pekerja yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran itu.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kejayaan polisi itu sebenarnya banyak bergantung kepada nilai keikhlasan pekerja sendiri tanpa menjejaskan tahap produktiviti sedia ada.

“Ia sebenarnya budaya baharu diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kita sedang kaji sama ada ia sesuai lagi diamalkan selepas habis PKP nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan 365 Hari Pencapaian sempena genap setahun menerajui kementerian berkenaan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pihak kementerian turut berasa bimbang jika ada pekerja mengambil kesempatan BDR itu sehingga berkemungkinan menjejaskan pula niat baik majikan.

“Kita tidak mahu ia ‘mencacatkan’ usaha kerajaan yang mahu meringankan beban pekerja dan mengekang penularan Covid-19, meskipun BDR ada memberi impak pengurangan kos kepada syarikat,” katanya.

Menyentuh kejayaan kementerian itu sepanjang setahun lalu, beliau berkata, Program Subsidi Upah (PSU) yang dilancarkan pihaknya antara kejayaan inisiatif menyelamatkan banyak pihak terlibat.

Menurutnya, sebanyak RM12.38 bilion telah dibayar kepada 331,569 majikan yang menggaji seramai 2,725,161 pekerja di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PSU 1.0 tahun lepas.

“Sementara PSU 2.0 pula, pihak kementerian tersebut sudah membantu dengan sebanyak RM442.53 juta dibayar kepada 77,882 majikan yang mewakili 973,415 pekerja.

“Justeru, kementerian akan melanjutkan PSU 3.0 pada tahun ini dengan sasar sektor yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 iaitu pelancongan dan peruncitan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI