SHAH ALAM – Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang bermula semalam bukan sahaja melancarkan aliran trafik pada waktu puncak kepada penjawat awam, malah membantu menjimatkan kos harian. Ada antara mereka mampu menjimatkan kos mengisi petrol dan tol sehingga melebihi RM30 sehari bagi perjalanan ulang-alik dari rumah ke pejabat mereka. Kos itu juga belum termasuk perbelanjaan makan minum harian yang perlu ditanggung setiap kali hadir bekerja di pejabat. Seorang penjawat awam, Nur Shahirah Zulkifli, 37, berkata, dia jimat lebih RM20…














