fbpx
Fahmi pada sidang akhbar sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Dasar BDR berjaya jimat RM678,000, 334,000 liter bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Dasar bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan bermula 15 April lalu berjaya memberi penjimatan kewangan kepada kerajaan sebanyak RM678,000 selepas dijalankan selama lebih seminggu.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain itu, dasar BDR berkenaan berjaya menjimatkan penggunaan bahan api sekitar 334,000 liter.

“Hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memaklumkan kepada jemaah menteri status pelaksanaan dasar BDR bagi penjawat awam.
“Setakat ini, jumlah penjawat awam yang mendaftar di bawah program BDR telah mencecah 155,000 orang,” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, KSN turut diarahkan mendapatkan maklumat daripad sektor swasta berhubung pelaksanaan BDR bagi melihat penjimatan secara keseluruhan.

Katanya, Perdana Menteri turut mengingatkan jemaah menteri bahawa selain daripada pihak kementerian dan jabatan, agensi kerajaan perlu melaksanakan langkah keutamaan bagi memastikan bekalan bahan bakar dapat dilanjutkan.

“Ia termasuk dengan melaksanakan lebih banyak mesyuarat secara dalam talian termasuk mengurangkan mesyuarat secara bersemuka.

“Agensi juga perlu mengurangkan program dan perjalanan ke luar negara serta mengutamakan premis agensi atau kerajaan bagi pelaksanaan bengkel dan program-program latihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN