fbpx

Sogok RM10 juta untuk lompat parti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan oleh Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail berhubung isu tawaran rasuah bernilai RM10 juta bagi tujuan melompat parti.

Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pihaknya akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dan beberapa saksi kes termasuk keterangan Natrah akan diambil dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes ini,” katanya.

Ujar beliau, SPRM hari ini menerima kehadiran Natrah di SPRM Cawangan Segamat, Johor bagi berbincang berhubung isu tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua individu yang didakwa bagi tujuan memujuknya untuk melompat parti.

Jelasnya lagi, pada pertemuan itu, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta sebagaimana yang didakwa menerusi kenyataan di akaun laman sosial Facebook dikenali sebagai Ops Johor.

Sebelum ini, Natrah menerusi kenyataan akhbar berkata, beliau sudah membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung perkara itu.

Menurutnya, pihaknya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak mahu mengkhianati PKR, pimpinan dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI