fbpx

Langgar SOP adakan kenduri, lelaki didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini kerana melanggar Prosedur Operasi Standar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan mengadakan majlis makan di Bukit Keramat Mentakab pada 13 Februari lalu.

TEMERLOH – Gara-gara melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan kenduri kahwin sehingga enam ahli keluarga positif Covid-19 menyebabkan seorang pesara didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Tertuduh, Abu Bakar Osman,59 dari Bukit Keramat,Mentakab di sini yang hadir bersama isterinya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 13 Februari 2021 di antara pukul 1 petang hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Bukit Keramat, Mentakab tertuduh mengadakan majlis makan yang mungkin dan diketahui ada sebab berkemungkinan menyebabkan jangkitan penyakit berbahaya.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pandakwa Raya, Rifah Izati Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK) Tan Yu Tan.

Dalam rayuan dikemukakan Yu Tan memberitahu, tertuduh merupakan pesara dengan pencen bulanan RM1,500 dan masih mempunyai dua tanggungan iaitu isteri dan seorang anak.

Sementara itu,Rifah memohon supaya tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 namun Pei Si menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pei Si kemudiannya menetapkan 23 Mac depan untuk membentangkan fakta kes dan hukuman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, lelaki terbabit didapati mengadakan majlis kahwin anaknya ketika tempoh PKP 2.0 hingga menyebabkan enam ahli keluarganya dijangkiti Covid-19.

Katanya, lelaki yang juga tuan rumah itu hanya mendapat kebenaran untuk menjalankan majlis akad nikah untuk anaknya tetapi tidak dibenarkan mengadakan kenduri.

“Namun lelaki itu telah mengadakan kenduri secara diam-diam pada 13 Februari 2021 dengan memanggil jiran serta sanak saudara.

“Beberapa hari kemudian salah seorang ahli keluarga yang datang ke kenduri itu disahkan positif Covid-19 dan hasil saringan terhadap ahli keluarga lain mendapati enam orang disahkan positif,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI