fbpx

Enam remaja ditahan tunggang basikal lajak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kumpulan remaja yanh ditahan selepas menunggang basikal lajak di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, Johor hari ini. Foto Ihsan Polis

JOHOR BAHRU – Tindakan enam remaja termasuk seorang kanak-kanak menunggang basikal yang diubah suai atau basikal lajak menundang padah apabila ditahan polis dalam kejadian di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, individu ditahan adalah terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, mereka ditahan selepas disyaki menunggang dalam keadaan merbahaya dan basikal tidak mempunyai ciri keselamatan.

“Kanak-kanak basikal lajak ditahan kerana menunggang basikal yang telah diubah suai, tidak mempunyai brek dan loceng.

“Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan telah mengeluarkan 10 saman Pol 257 dibawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59.

“Kesemua basikal terbabit dirampas dibawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Padzli berkata, kesemua ibu bapa kanak-kanak dan remaja yang menunggang basikal lajak itu dipanggil untuk tujuan dokumentasi.

Polis juga menasihati ibu bapa supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika berada diluar rumah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku seperti mana lapan remaja maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Mohd. Padzli menegaskan pemantauan kegiatan basikal lajak secara berterusan akan dijalankan bagi mengekang dan membenteras aktiviti basikal lajak ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI