fbpx

Dos vaksin Covid-19 selamat tiba di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimi (tiga dari kiri) memeriksa bungkusan mengandungi dos vaksin Covid-19 sambil diperhati Rohaimi (empat dari kiri) di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lebih 16,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan selamat tiba di Terengganu hari ini.

Sebahagian dos vaksin berkenaan yang dibawa dengan van syarikat penghantaran, DHL tiba di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 1.30 tengah hari.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunos berkata, sebelum dihantar ke HSNZ, van syarikat penghantaran yang membawa dos vaksin Covid-19 itu singgah di Kemaman dan Setiu.

“Tiga lokasi di Kuala Terengganu, Kemaman dan Setiu telah dipilih sebagai pusat penyimpanan dos vaksin Covid-19 berkenaan.

“Kesemua dos itu kemudiannya akan diagih-agihkan ke 20 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri ini secara berperingkat pada masa terdekat,” katanya selepas menerima dos vaksin berkenaan di HSNZ di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Nor Azimi berkata, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri akan bermula esok melibatkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan individu pertama yang menerima suntikan.

Tambah beliau, barisan hadapan Terengganu bakal mula menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV ditetapkan secara berperingkat bermula Selasa depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI