fbpx

Tauke kolam ikan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Kim Hong ketika tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang pengusaha kolam ikan keli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat melepaskan bahan buangan ke Sungai Selangor Disember tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Tan Kim Hong, 61, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan, Kim Hong didakwa telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan dari sebuah premis ternakan ikan keli dilupuskan dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Selangor dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi maksud minuman manusia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Mukim Serendah, Hulu Selangor di sini pada 7 Disember 2020.

Berikutan itu pendakwaan dikemukan Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan serius dan tidak boleh dijamin dan 24 Mac ini ditetapkan sebutan semula kes.

Pada 24 Disember tahun lalu Kosmo! Online melaporkan seorang pengusaha kolam ikan keli dan empat pekerjanya ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pencemaran air Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang pada 7 Disember lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI