fbpx

Kuching City ikut jejak Sarawak United berpangkalan di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Kuching City terpaksa mencari gelanggang rasmi di Semenajung terutamanya di Lembah Klang buat sementara waktu susulan pandemik Covid-19.

PASUKAN Kuching City FC (KCFC) mahu membuat permohonan rasmi kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadikan gelanggang tuan rumah rasmi pasukan untuk sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) dipindahkan ke Semenanjung buat sementara waktu musim ini.

Sebagai rekod, KCFC yang beraksi di Liga Premier sepatutnya menjadikan Stadium Negeri, Kuching sebagai venue rasmi tetapi terpaksa menukar venue tersebut ekoran kekangan wabak Covid-19 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan berkata, ada beberapa pilihan yang boleh diketengahkan buat MFL seperti memohon untuk menjadikan Lembah Klang sebagai venue utama atau beraksi sebagai pasukan lawan pada awal saingan musim ini.

“Kami akan berbincang de­ngan MFL mengenai jadual pa­sukan untuk aksi Liga Premier musim ini dan pilihan utama adalah beraksi sebagai pasukan lawan sehingga kami dapat me­nemui venue tuan rumah baharu nanti.

“Ini kerana berdasarkan situasi sekarang, agak sukar untuk kami mendapatkan stadium dan ia memerlukan masa.

“Justeru, kami akan memohon MFL untuk menjadikan aksi pertama pasukan menentang Terengganu FC II yang sepatutnya berlangsung di Kuching dilangsungkan di gelanggang lawan dan mungkin untuk beberapa perlawanan sehingga tiba bulan Ramadan,” kata Iswandi.

Sebelum ini, pasukan Sarawak United telah membuat permohonan kepada MFL dan berjaya mendapat kelulusan apabila diberikan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai ve­nue tuan rumah buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Sarawak Uni­ted akan berkongsi venue tersebut dengan pasukan ­feeder, Selangor 2 yang turut bersaing dalam kancah Liga Premier musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI