fbpx

Harrif Saleh menang bergaya di bumi Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIFF (tengah) ceria meraih pingat emas selepas menjuarai perlumbaan GP Velo Manavgat di Turki semalam.

SELEPAS setahun tidak menyertai kejohanan akibat pandemik Covid-19, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki semalam.

Pelumba berusia 32 tahun yang melakukan persiapan rapi sebelum berlepas ke Turki dilihat bersemangat apabila melakukan henjutan bertenaga untuk muncul juara selepas mengatasi 173 pelumba lain.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan pertama anak kelahiran Terengganu itu di benua Eropah dan kejuaraan sulung pada tahun ini.

“Alhamdulilah, saya pun tidak sangka selepas setahun tidak tidak berlumba tetapi saya bangkit kembali untuk berlumba di sini. Saya buktikan rakyat Malaysia dan rakyat Terengganu boleh melakukan kejutan di benua Eropah.

“Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang memberi sokongan kepada saya 100 peratus hari ini (semalam). Siang malam kami berbincang dan hadir semangat baharu, Alhamdulilah syukur dengan kemena­ngan ini,” katanya sejurus tamat perlumbaan semalam.

Pada saingan tersebut, TSG membawa sembilan pelumba termasuk lima tonggak import yang menjadi taruhan dan ha­nya empat pelumba tempatan mewakili TSG antaranya Harrif, Muhammad Nur Aiman Zarif, Irwandie Lakasek serta Wan Abdul Rahman Hamdan.

TSG telah memulakan aksi GP Alanya pada 6 Februari lalu disusuli GP Gazipasa pada Ahad sebelum meneruskan cabaran bagi GP Manavgat (20 Februari) dan GP Velo Manavgat.

Selepas sebulan menempuhi saingan di Turki, TSG akan melengkapkan saingan dengan menyertai GP Mediterranean dan GP Mundogmus pada 6 dan 7 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI