fbpx

Hanya 20 individu dibenar sertai majlis akad nikah di kawasan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Upacara akad nikah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan mulai esok di masjid dan pejabat agama dengan had maksimum 20 orang pengiring.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut tidak termasuk jurunikah dan juga saksi serta tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Katanya, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, jumlah kapasiti dibenarkan bagi sesuatu upacara akad nikah adalah tidak melebihi 50 peratus keluasan premis majlis itu diadakan dengan syarat ada penjarakan satu meter.

“Manakala, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) upacara pernikahan dibenarkan mengikut kapasiti premis dengan syarat ada penjarakan fizikal satu meter.

“Jumlahnya tiada had, jika kawasan itu luas, ramailah yang boleh hadir, jika kawasan sempit jumlah itu mesti kurang. Apa yang penting kena ada penjarakan fizikal,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, bagi prosedur operasi standard (SOP) upacara pernikahan bagi pasangan bukan Islam akan
diumumkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara itu, mengulas mengenai seminar, bengkel, mesyuarat, persidangan, pameran perdagangan dan yang berkaitan, Ismail Sabri berkata, bagi kawasan PKP, program seperti itu masih tidak dibenarkan.

Namun katanya, bagi kawasan PKPB dan PKPP aktiviti itu telah dibenarkan dan jumlah pengunjung tidak melebihi 50 peratus daripada keluasan premis atau kawasan program.

“Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI