JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan menjadi tumpuan netizen gara-gara isi kandungan sampul duit daripada tetamu undangan diumumkan ketika majlis berlangsung, lapor portal berita Lambe Turah.
Dalam rakaman video tersebut, kelihatan detik-detik tetamu jemputan terkejut dengan tindakan pengumuman ini.
Kebiasaannya, proses membuka sampul duit daripada tetamu dilakukan pada waktu malam selepas majlis perkahwinan selesai.
Namun, berbeza pula dengan tradisi di sebuah daerah Indonesia, di mana mereka membuka dan mengumumkan jumlah wang dalam sampul duit secara langsung di hadapan para tetamu.
Semua tetamu, pasangan pengantin, dan ahli keluarga pengantin dapat mengetahui jumlah wang yang diberikan.
Video berkenaan pada asalnya dikongsi oleh akaun Threads @sunda.gram.
“Baru kali ini makan di majlis kenduri pun rasa tak tenang,” tulis keterangan pada video tersebut.
Dalam video itu, seorang pengacara majlis lelaki dibantu oleh seorang individu lain untuk membacakan isi kandungan sampul duit daripada tetamu yang hadir- AGENSI














