fbpx

Reen mohon maaf, tayang badan depan al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Reen yang menampakkan sebahagian tubuh dan bahunya di sisi kitab suci al-Quran.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Reen Rahim memohon maaf atas keterlanjuran dan silapnya yang berpakaian menampakkan bahagian bahu dan belakang badannya ketika mahu mengaji al-Quran bersama ibunya.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, menerusi hantaran dalam Instagram membuat permohonan maaf tersebut selepas ditegur oleh bapa saudaranya.

“Assalam adik (Reen). Maaf sangat-sangat. Boleh tak potong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap,” kongsinya menerusi satu tangkap layar WhatsApp bapa saudaranya.

Dalam pada itu, ibunya turut melakukan perkara sama dengan menitipkan pesanan berbaur nasihat kepada Reen..

“Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit.

“Tapi Allah kesian dekat ibu. Digerakkan hati uncle kau mewakili ibu. Potong ya dik sebab niat uncle dengan niat ibu sama. Kebetulan dia lebih cepat.

“Jangan sebab kesilapan sedikit yang kau terlepas pandang tu, dapat kemurkaan Allah. Please cut (tolong sunting) gambar itu, sebab depan al-Quran dan wajib jaga adab,” tulis ibunya menerusi WhatsApp kepada Reen.

Sementara itu, Reen ketika dihubungi Kosmo! mengakui kesilapannya sebelum bertindak memuat naik video tersebut dalam YouTube dan Facebook miliknya. Katanya, dia patut lebih sensitif.

“Sebenarnya saya sendiri tidak perasan dan terlepas pandang perkara tersebut. Setelah ditegur bapa saudara yang agak rapat dengan saya termasuk ibu, barulah saya sedar kesilapan sendiri.

“Tak sampai setengah jam saya muat naik dalam media sosial, ramai yang DM (direct message) mengatakan saya biadap dan tidak peka. Isunya disebabkan ada al-Quran di sisi dan pada masa itu ibu sedang mengaji,” katanya.

Reen sebenarnya sering menjadi perhatian gara-gara gemar menayangkan gambar-gambar berpakaian seksi menerusi Instagram.

Bagaimanapun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Pujaan Hati Kanda itu kerap berkongsi aktivitinya bersama keluarga seperti belajar mengaji bersama ibunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI