fbpx

Warga emas maut basikal bergesel dengan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Tikam Batu-Batu Lintang berdekatan Sekolah Kebangsaan Berapit pada pagi ini.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas maut selepas basikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal di Jalan Tikam Batu-Batu Lintang berdekatan Sekolah Kebangsaan Berapit di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Pawan Abdul, 72, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dalam  perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Berapit selepas membeli barangan di pasar pagi di
Tikam Batu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal dinaiki dua remaja lelaki dipercayai bergesel dengan basikal mangsa yang sedang bergerak di sebelah tepi kiri jalan dari arah sama.

“Kejadian mengakibatkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian

“Dua remaja yang menaiki motosikal jenis Suzuki itu pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat manakala dua remaja terbabit diberikan rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI