fbpx
Anggota bomba membawa keluar mangsa yang tercampak ke dalam parit di Jalan Besar, Bagan Serai awal pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

Kereta terbabas, lelaki maut tercampak ke dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seorang lelaki ditemukan maut di dalam parit selepas tercampak dari keretanya yang terbabas dalam kejadian di Jalan Besar di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.30 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas di bahu jalan. Terdapat seorang lelaki berusia 30 tahun tercampak ke dalam parit.

“Pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan operasi bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.47 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN