fbpx
ANTARA warga asing yang ditahan ditahan imigresen di Seri Kembangan, semalam. IHSAN JIM

Majikan warga China dicekup gaji pekerja haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Taktik seorang majikan warga China menggaji pekerja senegaranya tanpa permit kerja sah terbongkar selepas premis pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta diserbu Jabatan Imigresen (JIM) menerusi Ops Mahir di Seri Kembangan, semalam.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa JIM Putrajaya kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas risikan selama seminggu mendapati premis itu dipercayai diuruskan warga China yang menggaji pekerja asing secara tidak sah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, pihaknya memeriksa 24 individu terdiri daripada 21 warga asing dan tiga warga tempatan dalam operasi tersebut.

“Seramai 16 warga asing termasuk majikan warga China dan Myanmar berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Turut dikeluarkan tiga Borang 29 saman kepada warga tempatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas di negara ini.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN