fbpx

Tambah ansuran bulanan, kurangkan tempoh pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus membuat saranan kepada peminjam yang mengambil kemudahan bantuan bayaran balik pinjaman yang disediakan bank-bank di negara ini supaya menambah semula jumlah ansuran bulanan secara beransur-ansur apabila situasi ekonomi mereka kembali pulih kelak.

Tindakan tersebut tidak hanya akan mengurangkan tempoh pembiayaan, malah mengurangkan kos pinjaman mereka.

Tegasnya, peminjam berhak meningkatkan semula bayaran ansuran mereka sebaik sahaja mereka bersedia untuk melakukannya dan peminjam yang menghadapi masalah untuk berbuat demikian diminta segera mengubungi BNM.

“Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar untuk meringankan beban aliran tunai peminjam dan ini termasuk mengurangkan ansuran bulanan dan apabila ini dikurangkan, tempoh pinjaman menjadi lebih lama.

“Kuasa memilih di tangan peminjam, mereka harus pilih pakej bantuan sesuai bergantung situasi kewangan, minta pegawai bank jelaskan bayaran balik bantuan yang ditawarkan dan kesannya terhadap kos pinjaman.

“Kebanyakan kes tempoh pinjaman yang panjang hanyalah sekiranya jumlah ansuran yang dikurangkan kekal berterusan sepanjang tempoh pinjaman, apabila peminjam mula tingkatkan bayaran tempoh pinjaman akan menjadi pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rungutan sebahagian peminjam yang mendakwa tempoh pinjaman mereka menjadi terlalu panjang apabila mengambil bantuan bayaran pinjaman balik bersasar, selepas membentangkan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia pada suku tahun keempat 2020 secara maya semalam.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, trajektori pertumbuhan negara tahun ini dijangka lebih baik berbanding suku kedua 2020 dan seterusnya dengan dorongan pemulihan permintaan global serta program vaksinasi.

“Pertumbuhan ekonomi akan turut dipengaruhi Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi kesannya tidak seteruk pada 2020,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI