fbpx
TERTUDUH (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Bekas pegawai bank didenda RM90,000 kes suapan pinjaman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bekas pegawai bank didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM123,132.50 selama lima tahun sejak 2019.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Rais Ramli, 45, membuat pengakuan tersebut sejurus 17 pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan berjumlah RM123,132.50 daripada sebuah firma guaman di Kuala Lumpur melalui akaun Maybank syarikat milik isterinya.

Suapan itu sebagai balasan tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jualan Ibu Pejabat Malaysia Building Society Berhad (MBSB) membantu firma guaman berkenaan diberikan rujukan kes-kes urusan pinjaman perumahan dengan pihak MBSB Bank melalui pegawai eksekutif bank yang berkhidmat di bawah seliaannya.

Perbuatan itu dilakukan di Maybank Islamic Taman Sri Gombak, Batu Cave, Selangor, antara 13 Disember 2019 dan 27 Januari 2023.

Tertuduh didakwa melanggar peruntukan Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dengan tidak melaporkan pemberian suapan itu kepada pegawai SPRM atau polis seperti ditetapkan Seksyen 25(1) akta sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Peguam SS Amritpal Singh merayu denda minimum kerana anak guamnya yang kini bekerja sebagai ejen hartanah bebas menanggung isteri serta tiga anak berusia sembilan hingga 19 tahun. Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 25 Februari 2025 tertuduh didakwa atas 26 tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta suapan berjumlah RM153,622.47 selama lima tahun bermula 2018.

Oleh kerana tertuduh mengaku bersalah atas 17 pertuduhan pilihan, mahkamah melepaskannya atas baki sembilan pertuduhan utama mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang diambil pertimbangan atau ‘take into consideration’ (TIC) selaras peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah selepas dipohon pendakwaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara dua bulan dan 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar kesemua denda tersebut yang berjumlah RM90,000.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN