fbpx

Agrobank sedia sokongan SME SRF, prihatin nasib PKS, mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agrobank meneruskan komitmennya dalam memperkasa perusahaan mikro,
kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan cabaran ekonomi global dengan menyediakan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME  SRF).

Ini adalah susulan daripada kemudahan khas berjumlah RM5 bilion oleh
Bank Negara Malaysia, yang melengkapi jaminan sedia ada di bawah Skim Jaminan
Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Berhad (CGC) baru-baru ini.

Sektor-sektor yang diberikan keutamaan di bawah inisiatif pembiayaan ini
merangkumi sektor pembinaan, pertanian dan rantaian bekalan agromakanan, logistik
dan pengangkutan serta pelancongan, bagi memastikan sektor-sektor strategik yang
menjadi pemacu ekonomi negara terus berdaya tahan dan mampan.

Kemudahan pembiayaan ini ditawarkan bagi tujuan membiayai modal kerja
perniagaan dengan jumlah pembiayaan sehingga RM750,000 serta tempoh
pembiayaan sehingga lima tahun.

Inisiatif di bawah Dana Bank Negara Malaysia (BNM Fund) ini turut menawarkan kadar keuntungan kompetitif serendah 3.75 peratus setahun menerusi kemudahan Term Financing-i bagi membantu PMKS mengekalkan operasi perniagaan dan melindungi peluang pekerjaan rakyat.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah
Raja Hussin berkata, pihaknya komited untuk memainkan peranan sebagai rakan
strategik dalam menyalurkan kemudahan pembiayaan ini secara berkesan dan
inklusif, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperluaskan akses kepada PMKS
termasuk usahawan baharu.

“Sebagai institusi kewangan pembangunan yang memfokuskan sektor agromakanan,
Agrobank memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan, khususnya dalam
menghadapi tekanan krisis bekalan global dan konflik geopolitik yang menjejaskan
rantaian bekalan dunia. Kami menyokong penuh usaha kerajaan dalam memastikan
sokongan kewangan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan,”
katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, Agrobank akan terus memperkukuh peranannya dalam menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah dan cepat kepada PMKS sektor agromakanan serta keseluruhan rantaian nilai sektor pertanian selain menyokong keterangkuman kewangan termasuk usahawan luar bandar selain memastikan penyaluran dana dilakukan secara bertanggungjawab dan berimpak tinggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN