fbpx

Jurulatih kecergasan jual tembikai di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki Korea Selatan menjual tembikai di tepi jalan di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. - Facebook/Lee Won

HANOI – Seorang jurulatih kecergasan berbadan tegap dari Korea Selatan tular di media sosial Vietnam apabila dia dirakam menjual buah tembikai di tepi jalan, lapor portal Mothership, baru-baru ini.

Lee Won, 40, sebenarnya sedang menjalani penggambaran bagi satu projek fotografi dan memuat naik beberapa keping foto di Facebook tanpa menyedari ia menjadi tular.

“Menjual tembikai ketika sambutan Tahun Baharu Vietnam atau dikenali sebagai Tet dikatakan boleh mendatangkan tuah dan kegembiraan kepada orang sekeliling,” tulis Lee Won.

Menerusi foto itu, Lee Won mengenakan kostum tradisional yang pernah dipakai oleh pahlawan legenda Vietnam, Mai An Tiem yang dikatakan individu pertama mewujudkan tanaman tembikai di negara itu.

Dengan memakai kain sarung tradisional berwarna oren dan tidak berbaju, Lee Won menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen di gambar itu.

“Jika dia yang menjual tembikai, saya akan borong kesemuanya,” tulis seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, gambar tersebut sudah menerima lebih 5,000 likes dan tidak henti dikongsi di pelbagai platform media sosial. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI