fbpx
Gambar hiasan.

Penyelenggara penyaman udara maut terjatuh dari tingkat 3 bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang lelaki maut akibat terjatuh dari tingkat 3 bangunan ketika memulakan kerja-kerja pemasangan di Blok B, Kondominium Nilam Puri, Jalan Bukit Puchong, Bandar Bukit Puchong 2, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 1.19 petang itu, mangsa berusia 50-an, mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan tangan selepas terjatuh daripada ketinggian 12.2 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama adik kembarnya sedang bekerja memasang dan membuka penyaman udara di tempat kejadian.

“Apabila sampai di alamat tempat kerja, mangsa dan adiknya memulakan kerja-kerja pemasangan dan membuka penyaman udara sebelum mangsa keluar dari tingkap bilik utama untuk membuka unit penyaman udara yang lama untuk digantikan dengan baru.

“Setelah mangsa berada di luar tingkap kira-kira 10 minit kemudian, adik mangsa terdengar jeritan abangnya dan terus meluru ke bilik utama sebelum mendapati abangnya jatuh daripada bangunan tersebut.

“Adik mangsa kemudiannya bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati abangnya terlentang dalam keadaaan berlumuran darah sebelum menghubungi hospital,”katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala dan tangan kanan disyaki telah patah.

“Keadaan tempat mangsa terjatuh adalah di tingkat bawah bangunan rumah di mana lantai tanah adalah susunan batu-bata yang kemas,” katanya.

Md. Noor Aehwan berkata, berdasarkan siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan masih bujang.

“Mangsa yang tinggal di Taman Putra Prima Puchong dan menyewa rumah bersama adiknya telah berniaga dalam bidang penyelengaraan penyaman udara lebih kurang 30 tahun,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telahpun di hantar ke forensik Hospital Serdang dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan kecederaan pelbagai pada anggota badan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN