fbpx

Pembukaan pasar hanya jika patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan sempit di pasar malam menyebabkan penjarakan fizikal tidak dapat dipatuhi pelanggan.

KLANG – Kebenaran operasi pasar malam yang berkuatkuasa sejak Jumaat lalu ternyata tidak digunakan sebaiknya para peniaga apabila didapati masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Ini terbukti apabila hasil pemantauan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Pasar Malam Jalan Mesra, Taman Chi Liung dan Taman Kandis Permai semalam menunjukkan kebanyakan peniaga tidak mempamerkan kod QR untuk mencatatkan kedatangan pelanggan.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya memberikan amaran akan menutup mana-mana pasar malam, pagi, dan perniagaan permis peniaga serta penjaja yang gagal mematuhi syarat-syarat pematuhan SOP itu.

Katanya, berdasarkan pemantauan turut mendapati rata-rata peniaga juga tidak menyediakan alatan yang disyaratkan seperti pengimbas suhu, buku pendaftaran dan ‘hand sanitizer’.

Selain itu, SOP atau tatacara pembukaan pasar malam juga tidak dipatuhi termasuk peniaga tidak memasang plastik putih di sekeliling tempat perniagaan.

“Terdapat peniaga yang menggunakan lebih petak dari yang diperuntukan.

“Situasi ini juga menyebabkan laluan terlalu sempit sehingga tiada penjarakan berikutan susun atur tapak peniaga di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Fadzli menegaskan tanggungjawab pematuhan SOP kawalan kendiri adalah tertakluk kepada peniaga-peniaga sendiri sekiranya mereka ingin meneruskan perniagaan.

“MPK akan membantu menyediakan QR Kod kendiri secara berperingkat,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI