fbpx

11 remaja ditahan terbabit lumba haram, ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 remaja berusia antara 18 sehingga 20 tahun ditahan ekoran berkumpul dan lumba haram di Jalan Pan Borneo Merintaman semalam.

SIPITANG – Seramai 11 remaja berusia antara 18 sehingga 20 tahun ditahan ekoran berkumpul dan terlibat aktiviti lumba haram di Jalan Pan Borneo Merintaman semalam.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, tindakan sekumpulan remaja terbabit bukan sahaja melakukan aktiviti menyalahi undang-undang malahan turut ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua remaja berkenaan ditahan selepas polis menyerbu lokasi perlumbaan mereka kira-kira pukul 4.30 petang.

“Seorang daripada kumpulan remaja terbabit juga ditahan berikutan didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala ‘superman’.

“Sebaik tiba dilokasi serbuan, semua remaja itu didapati berkumpul dan melakukan aktiviti lumba haram termasuklah menunggang motosikal dengan melulu.

“Semua 11 remaja terbabit sedang berkumpul tanpa mematuhi syarat PKP tanpa alasan munasabah.

“Semua mereka dibawa balik ke Balai Polis Sipitang dan dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No.8) 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Champin berkata, polis turut merampas semua motosikal untuk siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, kes disiasat berkaitan kesalahan trafik mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala seorang lagi remaja yang melakukan aksi bahaya turut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam khususnya golongan remaja di daerah berkenaan supaya tidak keluar berkumpul dan membabitkan diri dalam aktiviti lumba haram.

“Kita tidak akan bertolak ansur dan bakal mengambil tindakan tegas termasuklah menahan mereka yang melakukan kesalahan undang-undang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI