fbpx
SEBAHAGIAN peralatan disita dalam Operasi Bersepadu Premis Perniagaan Rumah Urut dijalankan MBS semalam. - FOTO Ihsan MBS

Rumah urut haram di Kepayang Sentral kena serbu 2.30 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebuah premis rumah urut di Kepayang Sentral di sini, disita dalam Operasi Bersepadu Premis Perniagaan Rumah Urut dijalankan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Operasi bermula pukul 2.30 pagi hingga 5.30 petang itu dijalankan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) MBS membabitkan pemeriksaan di sekitar Kepayang Sentral, Taman Bukit Kepayang dan Pusat Komersial Oakland, Seremban 2.

MBS dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis di Jalan KS 3, Kepayang Sentral melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen selain mempamerkan iklan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sebanyak dua kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Tred/Rumah Urut dan iklan. Notis penutupan premis sehingga mendapat kebenaran MBS,” katanya hari ini.

MBS menambah, antara barang disita ialah tiga mesin ‘streamer’ muka, sebuah mesin ‘facial’, satu bakul mengandungi 13 helai tuala dan sebuah katil urut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN