fbpx
SELANGOR berpeluang untuk menjulang trofi musim ini selepas mara ke final saingan ACC dan bakal berdepan Buriram. - FB SELANGOR FC

Selangor wajar fokus final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELANGOR FC kini berdepan dilema apabila perlu membuat pilihan ketika mereka berdepan dua tugasan yang cukup penting.

Gergasi Merah mampu mengekalkan slot ke Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) musim depan jika dapat menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua, tetapi kini skuad kendalian Kim Pan-gon itu juga dihidangkan peluang keemasan menjuarai Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC).

Bagaimanapun, bekas penyerang Selangor, Safee Sali berkata, kejuaraan menjadi elemen terpenting yang boleh dijadikan ‘hadiah’ buat peminat, namun segalanya bergantung kepada pendirian pasukan.

“Selangor perlu fokuskan mana satu yang paling utama. Kalau saya sebagai jurulatih, sudah pasti saya akan pilih final. Tempat kedua atau ketiga sudah pasti ada perebutan, tetapi saya lebih utamakan final (pertandingan) Asia Tenggara.

“Betul (naib juara Liga Super dapat slot ke Asia), tetapi apa yang ada sekarang adalah final. Saya rasa suasana final lebih memberi rasa, lebih utama daripada saingan liga.

“Saya rasa ini (memenangi ACC) akan memberi keyakinan kembali kepada pasukan dan penyokong Selangor untuk terus memberi sokongan,” katanya.

Malam ini, Selangor FC wajib meraih tiga pada pertemuan dengan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, namun slot ACL 2, musim depan akan menjadi milik finalis Piala Malaysia, Kuching City sekiranya kelab dari Sarawak itu turut memperoleh kemenangan ke atas Kuala Lumpur City.

Ketika ini, The Cats berada di tangga kedua Liga Super dengan 50 mata, berkelebihan satu mata berbanding Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN