fbpx

Rela tonton filem dibenci demi pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJIAN baharu mendedahkan bahawa majoriti rakyat AS rela menonton rancangan televisyen pilihan pasangan mereka kerana ingin mengelak pertengkaran. – Shutterstock / Antonio Guillem

WASHINGTON – Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meluangkan masa lebih 400 jam setahun menonton rancangan televisyen dan filem yang mereka tidak gemari kerana enggan bertengkar dengan pasangan masing-masing, demikian menurut satu penyelidikan baharu.

Tinjauan melibatkan 2,000 penduduk AS itu mendapati 67 peratus responden sanggup menonton program televisyen pilihan pasangan masing-masing daripada berbalah semata-mata kerana mahu menyaksikan rancangan pilihan mereka, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh One Poll pada minggu ini.

Sebilangan besar responden berkata, mereka bersedia menonton apa sahaja yang disuruh oleh pasangan masing-ma­sing kerana ingin mengelakkan pergaduhan akibat menukar saluran televisyen, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Sementara itu, sebanyak 65 peratus responden percaya kesediaan mereka menonton rancangan atau filem yang mereka tidak suka adalah tanda cinta sejati dalam perhubungan tersebut.

“Taruhannya sangat tinggi ketika membuat pilihan menonton televisyen.

“Oleh sebab itu, perkara terakhir yang anda mahukan adalah bertengkar tentang pilihan filem untuk ditonton bersama,” kata seorang jurucakap syarikat makanan ringan, Skinny Pop. Syarikat tersebut menaja kaji selidik berkenaan.

Dalam pada itu, 42 peratus orang bujang mengatakan sanggup mencari kekasih lain sekiranya mengetahui orang yang diminati tidak menyukai rancangan televisyen atau filem kegemaran mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI