fbpx

Rayuan Najib didengar selama 12 hari bermula 5 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd., akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 5 April ini.

Pendengaran rayuan itu ditetapkan selama 12 hari iaitu pada 5-8 April, 12-15 April dan 19-22 April manakala rekod rayuan pindaan akan diterima oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pada 8 Februari ini.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis pada 1 Mac ini dan membalasnya pada 19 Mac manakala tarikh pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 22 Februari.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memberitahu pihak media, tarikh-tarikh tersebut ditetapkan hari ini ketika sesi pengurusan kes melalui aplikasi Zoom di hadapkan Timbalan-Timbalan Pendaftar Darmafikri Abu Adam dan N. Kanageswari.

Najib diwakili oleh peguam-peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Nur Syahirah Hanapiah.

Rayuan bekas Perdana Menteri itu yang sepatutnya didengar pada 15 Februari ini, diganti dengan tarikh baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI