fbpx

Johnny, Puppy dilatih usir monyet liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengawal keselamatan bersama Puppy (kiri) dan Johnny menjaga kawasan Taman Paya Bakau Manjung daripada gangguan monyet liar.

LUMUT – Masalah gangguan monyet liar yang sering menghantui pengunjung Taman Paya Bakau dekat sini dijangka selesai apabila kawasan itu dibuka semula kepada umum selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir nanti.

Ia berikutan kehadiran dua penjaga iaitu dua ekor anjing dikenali sebagai Johnny dan Puppy yang dilatih khusus untuk mengusir monyet liar di situ daripada berkeliaran di lokasi yang dikhususkan untuk pengunjung.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, dua ekor anjing tersebut dilesenkan di bawah Undang-undang Pelesenan Anjing (MPM) 1993 bagi menjaga taman itu serta melindungi pengunjung daripada gangguan monyet dan haiwan liar lain.

“Sebelum ini, kehadiran monyet liar dalam bilangan yang banyak mengganggu pengunjung termasuk merampas makanan dibawa serta mencuri beg tangan.

“Selepas ini, ia tidak akan berlaku lagi kerana Johnny, anjing jantan dan pasangannya, Puppy, bertindak sebagai pengusir monyet selain mengawasi jika ada haiwan berbisa lain seperti ular kapak yang ada di taman paya bakau ini daripada mengganggu orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, dua ekor anjing itu asalnya adalah anjing liar kemudian menjadi jinak sebelum dilatih untuk menjadi haiwan peliharaan MPM buat julung kalinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI