fbpx

Rosakkan kereta, penganggur diberkas orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

WANGSA MAJU – Perbuatan khianat seorang lelaki merosakkan kereta milik seorang wanita termasuk melarikan set radio membawa padah apabila dia berjaya dicekup ahli keluarga mangsa dan orang awam di kawasan lot parkir kenderaan di Jalan Gombak, Setapak di sini semalam.

Susulan kejadian itu, suspek yang juga seorang penganggur berusia 29 tahun mengalami luka kecil akibat pergelutan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular satu rakaman video di laman sosial memaparkan seorang lelaki
disyaki terlibat dalam kejadian pecah kereta di Setapak berjaya diberkas orang awam selepas berlaku pergelutan di kawasan lot parkir kenderaan di Jalan Gombak, Setapak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihak polis mendapati satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki ditangkap oleh orang awam di lot parkir tersebut.

“Mangsa yang berusia 34 tahun telah membuat laporan polis dan suspek yang merupakan penganggur juga telah diberkas.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 379A KK,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI