fbpx

Menyamar meronda macam polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki sedang melakukan tugas-tugas rondaan di daerah Kajang sambil mengenakan seragam menyerupai anggota PDRM.

KAJANG – Tindakan seorang lelaki dari sebuah pertubuhan melakukan tugasan rondaan dengan mengenakan seragam seperti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, satu laporan polis telah dibuat selepas pihaknya dimaklumkan tentang perbuatan lelaki berkenaan susulan penularan sebuah video memaparkan kejadian tersebut.

“Laporan itu dibuat ekoran terdapat isu yang dibangkitkan berhubung tindakan individu dan kumpulan ini yang bertindak sendirian tanpa seliaan pihak PDRM.

“Satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 89(c) Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, lelaki beruia 40-an yang ditahan itu adalah Yang Dipertua pertubuhan tersebut dan merupakan individu yang dapat dilihat dalam video tular berkenaan.

“Tangkapan itu juga telah membawa kepada rampasan pakaian seragam pertubuhan berkenaan dan kini lelaki tersebut masih dalam tahanan reman polis sehingga 1 Februari.

“Pihak polis juga sedang mengesan ahli-ahli pertubuhan ini untuk membantu mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang dijalankan,” jelas beliau.

Ujar beliau, kes itu masih lagi di dalam siasatan dan tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung penahanan lelaki berkenaan termasuk lokasi kejadian, susulan perlu mengesan ahli lain pertubuhan tersebut.

Tambah Mohd. Zaid, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspktor Norazwan di talian 013 3928357 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 56 saat tular di laman media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang dirakam menjalankan tugas-tugas rondaan sambil mengenakan seragam menyerupai anggota PDRM.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI