fbpx

Bro Firdaus Wong sedia bantuan gajet, data kepada 300 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video klip Bro Firdaus Wong di laman Facebook kelmarin.

PETALING JAYA – Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung mengambil insiatif menyediakan peruntukkan kepada 300 orang pelajar yang kurang berkemampuan membeli gajet dan pakej data.

Firdaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus Wong menerusi klip videonya di Facebook memaklumkan, mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohonnya melalui www.mrmcare.com/edu.

Beliau yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, permohonan untuk mendapatkan bantuan itu telah dibuka sejak Selasa lalu.

“MRM melalui sayap ekonominya, MRM Plus Sdn. Bhd. memperkenalkan projek NADIPELAJAR di mana kami akan memperuntukkan RM150,000 untuk bantuan gajet dan data kepada 300 pelajar yang memerlukan.

“Kami di MRM sentiasa prihatin akan keperluan masyarakat tanpa mengira agama mahupun bangsa,” katanya di laman Facebook.

Pada masa sama, beliau berharap agar usaha murni itu dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekaligus menyelesaikan masalah yang pelajar kita hadapi.

“Semoga Allah menerima sedikit usaha dari kami ini,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI