fbpx

Pemandu lori maut langgar lori balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori remuk teruk dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 158 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, Pahang hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori balak di Kilometer 158 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.59 pagi itu menyebabkan mangsa, Sanussi Noor, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, semasa kejadian treler membawa muatan balak dalam perjalanan daripada Raub ke Mentakab.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu treler nampak sebuah lori dari arah bertentangan masuk kelaluannya telah bunyikan hon beberapa kali.

“Pemandu treler kemudian telah himpit ke bahu jalan dan lori tersebut telah melanggar ekor treler dan terbabas ke kaki bukit,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat kejadian pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan lori mengalami kecederaan di kaki.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lori mengalami remuk di bahagian kepala manakala tayar belakang treler pecah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI