fbpx

TSG peroleh ‘lampu hijau’ ke Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN TSG sudah mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk menyertai enam siri GP anjuran UCI di Turki pada bulan depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

ENAM pelumba tempatan Terengganu Cycling Team (TSG) akhirnya boleh mencongak strategi perlumbaan selepas pihak berkuasa memberi kebenaran ke Turki pada bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, be­rita gembira itu telah disampaikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Rabu lalu.

Perkhabaran tersebut me­nurut beliau turut mengesahkan penyertaan TSG dalam enam siri Grand Prix (GP) Ke­satuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di negara berkenaan.

“Jika mengikut rancangan asal, barisan pelumba serta kru TSG akan bertolak pada 1 Februari ini, namun ia masih bergantung kepada proses dokumentasi dan logistik.

“Kita akan mengambil bahagian dalam GP Alanya (6 Feb­ruari), GP Gazipasa (7 Februari), GP Velo Manavgat (20 Feb­ruari) dan GP Velo Alanya (21
Februari),” katanya kepada ­K­os­mo! di Kuala Terengganu semalam.

Che Ku Mohd. Izmuddin berkata, dua lagi kejohanan iaitu GP Mediterranean dan GP Gundogmus pula berlangsung pada 6 dan 7 Mac ini.

Beliau berkata, kesemua perlumbaan yang bakal disertai berkenaan berstatus 1.2 UCI.

“Begitupun hasrat TSG untuk berentap dalam perlumbaan bertaraf 2.1 tidak kesampaian ekoran penundaan Jelajah Rwanda dan Jelajah Antalya.

“Apa pun, tempoh lebih sebulan di Turki akan dimanfaatkan TSG untuk membuka tahun ini dengan penuh keyakinan selepas 2020 berlalu dengan penuh kesuraman,” katanya.

Sehubungan itu, Che Ku Mohd. Izmuddin berharap pelumba tempatan dan import dapat mempamerkan kayuhan bertenaga dan menduduki kedudukan podium sekali gus membantu ranking TSG.

Musim ini TSG diperkuatkan enam pelumba tempatan dike­tuai Zamri dan Harrif Salleh, Nur Aiman Mohd. Zariff, Afiq Huznie Othman, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Wan Abdul Rahman Hamdan, Irwandie Lakasek dan Mohd. Shahrul Mat Amin.

Sementara itu jaguh Russia, Artem Ovechkin, Goh Choon Huat (Singapura), Metkel Eyob (Eritrea), Carlos Quintero (Colombia), Youcef Reguigui (Algeria) dan Robin Jurado Lopez dari Panama mengisi kuota pelumba import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI