fbpx

Raja dadah Asia tumpas di Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pasport menunjukkan Tse Chi Lop

AMSTERDAM, Belanda – Ketua sindiket jenayah terbesar Asia yang juga antara orang paling dikehendaki di dunia diberkas di Belanda, manakala pihak berkuasa Australia kelmarin mendesak dia diekstradisi untuk dihadapkan ke muka pengadilan, lapor portal berita France24.com.

Polis memburu raja dadah, Tse Chi Lop, 57, selama bertahun-tahun sehingga dia ditangkap polis Belanda Jumaat lepas atas permintaan Polis Persekutuan Australia.

Dalam satu kenyataan kelmarin pihak berkuasa Australia berkata, seorang lelaki yang sangat dikehendaki oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang telah ditangkap. Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa namanya ialah Tse Chi Lop.

Lelaki warganegara Kanada berketurunan Cina itu digelar ‘El Chapo Asia’ merujuk kepada raja dadah Mexico, Joaquin Guzman yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di sebuah tahanan di Amerika Syarikat.

Jurucakap polis Belanda, Thomas Aling mengesahkan bahawa seorang suspek yang berada di tempat teratas senarai orang buruan polis Eropah (Europol) telah ditangkap pagi Jumaat lalu selepas pesawat dinaikinya mendarat di lapangan terbang Schipol, Asmterdam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan dari mana penerbangan itu berlepas.

“Prosedur ekstradisi akan dilakukaan atas permintaan Australia.

“Australia ‘berbesar hati untuk menerima lelaki budiman’ ini,” katanya.

Sementara itu, Polis Persekutuan Australia menyatakan bahawa penangkapan pada Jumaat lalu menyusul selepas polis memberkas 27 orang dalam tahun 2012 hingga 2013. Semua individu tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah sindiket penjenayah yang aktif di lima buah negara.

Kumpulan penjenayah itu dituduh menyeludup sejumlah besar heroin dan methamphetamine ke Australia

“Sindiket itu menyasarkan Australia selama beberapa tahun dengan mengimport dan mengedar sejumlah besar narkotik, mengubah wang dadah di seberang laut dan hidup mewah daripada hasil jenayah tersebut,” kata polis Australia.

Sebagai sebahagian daripada serbuan 2012-2013 di seluruh Melbourne itu, polis merampas aset bernilai AS$7 juta (RM28.3 juta) termasuk wang tunai, beg tangan jenama mewah, barang kemas dan cip kasino.

Penangkapan Chi Lop berlaku hampir satu dekad selepas operasi dadah besar-besaran dilancarkan.

Peguam Negara Australia kini memulakan prosedur permohonan rasmi untuk mengekstradisi raja dadah itu untuk dibicarakan.

Sebahagian besar dadah methamphetamine Asia datang dari Segi Tiga Emas di kawasan sempadan antara Laos, Myanmar, Thailand dan barat daya China yang menghasilkan dadah sintetik dalam jumlah yang banyak untuk pasaran global.

Dalam pada itu, Chi Lop dinamakan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) sebagai ketua kartel mega Asia dikenali sebagai Sam Gor yang merupakan pengeluar dan pembekal global dadah methamphetamine

Sam Gor dipercayai me­ngubah wang dadah berbilion-bilion dolar menerusi perniagaan yang tumbuh di delta Sungai Mekong, Asia Tenggara termasuk kasino, hotel dan hartanah.

Satu kajian UNODC menyatakan bahawa Sam Gor menjana pendapatan haram bersih berjumlah lebih AS$60 bilion (RM242.7 bilion) setahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI