MESKIPUN hampir gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia tidak menghalang seorang bekas pekerja bengkel dari Mersing, Johor bangkit apabila ditawar bekerja dengan syarikat minyak dan gas antarabangsa berpangkalan di Belanda. Muhamad Alif Hamdi, 40, kini menjawat jawatan sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air untuk syarikat antarabangsa, Boskalis Subsea. Lebih membanggakan, hingga ke saat ini dia menjadi satu-satunya anak Malaysia yang diterima bertugas di syarikat berkenaan. Tidak setakat itu, dia juga merupakan penerima Anugerah Ikon TVET @KPLB Bidang Kemahiran 2022……














