fbpx

Wanita UMNO sokong pendirian pucuk pimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

PETALING JAYA – Wanita UMNO kekal menyokong pendirian parti tersebut dan setiap keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat tertinggi parti berkenaan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, selaras dengan kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan rakyat terus dibantu, fokus utama mereka kini adalah kepada membantu rakyat dan memperkukuhkan gerak kerja dalam mencapai objektif memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Dalam keadaan negara yang kini dilanda wabak Covid-19 dan juga banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan.

“Sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita UMNO akan terus menggembleng tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Noraini menyeru kepada semua ahli parti untuk terus merapatkan saf dan memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa UMNO benar-benar mampu membawa denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dalam pada itu, marilah kita terus mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta menjaga kawalan kendiri agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan angka pesakit positif kembali kepada sifar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI