fbpx

PKP lebih ketat jika kes Covid-19 kekal tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dengan menutup sepenuhnya sektor seperti pembuatan dan pembinaan sekiranya jangkitan Covid-19 masih tinggi selepas 4 Februari hadapan.

Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi satu pertemuan pada 22 Januari lalu.

Katanya, menerusi pertemuan itu, mereka dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) tegas dengan pendirian untuk menutup sepenuhnya sektor ekonomi yang merupakan penyumbang utama penyebaran Covid-19.

“Dengan 99 daripada lebih 300 kluster Covid-19 di seluruh negara berkaitan dengan sektor pembuatan, KKM percaya bahawa sektor tersebut merupakan punca utama jangkitan.

“Sektor pembinaan juga ada disebut tetapi ia tidak dibincangkan secara terperinci,” katanya dalam kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI