fbpx

Pelakon cantik buat hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JARANG betul mendengar kontroversi tentang seorang pelakon wanita yang sudah kembali memakai hijab ini.

Baru-baru ini, namanya tiba-tiba naik dalam perbualan Diva dengan seorang rakan yang mendakwa pelakon itu ada buat sesuatu, iaitu hidung baharu!

Menurut teman Diva yang bernama Miss Vouge, pelakon itu sendiri mengaku kepadanya tentang pembedahan yang dilakukan pada bahagian hidung untuk mendapatkan bentuk yang lebih cantik dan mancung.

Terkejut juga mendengar cerita itu tetapi memang zaman sekarang ramai selebriti yang sanggup bedah wajah dan tubuh badan semata-mata untuk kelihatan lebih cantik.

Jadi, tidak hairanlah apabila pelakon yang dulunya sering terpalit dengan cerita panas itu mengambil keputusan untuk mengubah hidungnya.

Kata Miss Vouge lagi, pelakon itu tidak perlu membayar satu sen pun untuk pembedahan tersebut kerana semuanya ditaja sepenuhnya oleh klinik tersebut.

Mudahnya kehidupan ya, hendak buat apa pun semuanya ditanggung.

Harapnya pembedahan itu sekali seumur sehidup ya, jangan pula selepas ini mahu ubah bahagian lain pula.

Belajarlah bersyukur dengan apa yang Tuhan sudah kurniakan.

DIVA: Ada pelakon lelaki baharu impikan untuk memiliki seorang teman wanita yang cantik dan berperwatakan nakal. Terfikir juga, mesti dia pun seorang yang nakal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI