fbpx

19.2 tan biji kopi Arabica disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biji kopi Arabica dari Kenya yang disita Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 19.2 tan biji kopi hijau Arabica disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam operasi di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, semasa pemeriksaan rutin kira-kira pukul 4.45 petang itu, pihaknya mendapati kontena dari Kenya itu tidak mematuhi syarat permit import.

“Justeru Maqis negeri menahan 640 guni biji kopi seberat kira-kira 19,200 kilogram itu yang dianggarkan bernilai RM517,700.46 bagi tindakan lanjut.

“Ia kerana kesalahan ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perbuatan mengimport keluaran pertanian yang tidak mematuhi piawaian yang dikehendaki pada permit import Maqis adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI