fbpx

TFC terpaksa batalkan enam aksi pemanas badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCANGAN skuad TFC untuk mengadakan sekurang-kurangnya enam perlawanan persahabatan menemui kegagalan selepas pelaksanaan PKP.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) terpaksa membatalkan sekurang-kurangnya enam aksi persahabatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak kelmarin.

Pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, TFC sebelum ini te­lah merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan di Lembah Klang.

Bagaimanapun menurutnya, hasrat itu perlu dilupakan selepas Kuala Lumpur dan Sela­ngor diletakkan di bawah PKP sehingga 26 Januari ini.

“Selain itu, perlawanan dengan Kelantan United serta Kelantan FC juga tidak menjadi kenyataan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Nasib sama menimpa skuad TFC II yang dijadualkan me­nyertai kejohanan empat penjuru dengan Kuala Lumpur, PDRM dan UiTM FC,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Zulfadli berkata, TFC akur dengan arahan pihak berkuasa serta badan penganjur liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang diterima menerusi pekeliling terkini.

Jelas beliau, pekeliling itu masih membenarkan latihan melibatkan sepuluh pemain dalam satu sesi berpandukan prosedur operasi standard (SOP) PKPB sebelum ini.

“Apa pun, saya berharap saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dapat berlangsung mengikut jadual pada hujung bulan depan.

“MFL pula perlu berlaku adil dengan mengambil kira tempoh persediaan pasukan di kawasan PKP dan PKPB jika mahu meneruskan atau menangguh sai­ngan liga.

“Sudah tentu kita mahu Liga M diteruskan tetapi keselamatan pemain dan pegawai juga perlu jadi keutamaan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI