fbpx

Pemandu lori, krew kutipan KDEBWM perlu pakai PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pemandu lori kompaktor atau roro serta krew kutipan perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menjalankan kerja-kerja pengurusan pepejal dan kebersihan di Selangor.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Tahir berkata, pemakaian itu sebagai prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan operasi berjalan dengan selamat seterusnya mencegah penularan wabak penyakit Covid-19.

Katanya, warga kerja dan semua pemandu dan krew subkontraktaktor kutipan sampah dinasihatkan untuk mengurangkan kontak dengan orang awam.

“Operasi harian KDEBWM bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di negeri Selangor
berjalan seperti biasa mengikut jadual kutipan yang telah ditetapkan semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan yang dilaksanakan bermula 13 Januari lalu.

“Para pekerja subkontraktor termasuk pemandu lori kompaktor/RORO, krew kutipan dan penyelia hendak memakai pakaian perlindungan diri (PPE) semasa menjalankan tugasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hanya 30 peratus kakitangan atau sekurang-kurangnya seorang kakitangan bertugas di pejabat pada hari bekerja.

Ramli menegaskan temujanji atau mesyuarat yang telah dirancang oleh kakitangannya dengan pihak lain di ibu pejabat syarikat itu tidak diteruskan sehingga keadaan kembali stabil. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI