fbpx

2,451 kes, lima kematian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
2,451 kes hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,451 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 133,559 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, jumlah kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 26,185 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,446 kes penularan tempatan.

“Kes sembuh merekodkan sebanyak 1,401 kes dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 106,832 kes.

“Sebanyak lima kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 542 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 177 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 82 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI